RSS

Tuesday 18 October 2011

Kursus 'Interior Advance Work' di IKML..

salam...
Minggu nie aku di beri peluang utk hadir kursus interior advance...di IKML stat 17-21 Okt 2011. Spjg program kamu menginap di Marina Island Resort Pangkor..nama je pangkor tp kat lumut actually! mmg cantik tmpt nyer...ade 2 ekor duyung yg setia kat tepi tasik...

Kursus di buat di Jab Bangunan...ari pertama kuliah teori..yg di sampaikan ole En. Azizul Azli...(Mcm nama aku je..hehehe) dr FSPU UiTM seri iskandar. best! mcm2 aku blaja especially bab ColourFeatures! pastu msk lak bab wall paper n d detail explaination oleh En.Afzanizam also from UiTM...

2nd day kitorg kene bt prac.job kat sebuah bilik yg dgr nyank f jdkan blk gerakkan 5's di integrasi bldg..best! new experience! mbuak2 smangat nk bt kat umah..tp xleh sb duk umah kuarters

Esk ari ke 3...sambung psg wall paper lg! pastu bt floor lak. mmg xleh dt free ilmu mcm nie! so thanx ALLAH sbb bg pluang aku menimba ilmu pengetahuan baru...n tQ to Mara sbb sediakan ruang n pluang nie... nnt aku upload gmbr.... kte share ilmu lg! byeeee...

Tuesday 4 October 2011

Gerak SOLAT...


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.



didikla anak2 kita dr kecil...smoga mereka kekal menyembah yg 1! Allahhuakhbar...

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

p/s : sekadar share utk renungan bersama....

SENYUM...SMILE!

Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah..
 (1) Membantu memanjangkan hayat seseorang- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar- Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain- Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu- Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu.  Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka- Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

p/s : skadar bkongsi info yg dibaca....

Monday 3 October 2011

archiDay 5

NIE LA KENANGAN LAST ARCHIDAY!

last archiDay aku ngan all d fmly architecture IKMAS...
"RiMbUN' yang di adakan di Dusun Minda Resort,Kuala Nerang, kedah...



 
 mummy & anak2 ...juga parents nya!

 
 ibu & anak2nya..






 persembahan @ pertandingan...

 ROKOL DULU!

 archiWau...ape yg penting "KERASAMA!!'

 ibu tiri & anak2nya.....

 me with iwan & khai..

 ade cite lpas gmbr ni di snap..iwan ATASsiNKI IS VERY noti!

 along & apis yg dedik...

makan time!

 present la ape yg korg dh bikin!

 puzzle! sndiri koyak sndiri cantum...hahahaaa

 mumia...

 kaki kene ikat antara 1 sama laen....

 isi air dalam belon...


kenangan 'umah kutai'.

 salam...
pada 20-22 Julai aku & 2 sabahat telah keluar membawa sume stud sem3 architecture. kitorg g area pasir salah utk projek measured drawing..ktorg bg task kat 36 org stud ukur  & lukis smula 'rumah kutai'. banyak bende baru yg ktorg sama2 blajar....cantik btl senibina melayu! rugi sapa x appreciate! 
Alhamdulillah sume bjalan lancar...tp sayang aku x dpt tgk hasilnta sebab aku kene lapor diri di Kota kinabalu pada 1/8/11 sebelum dpt melihat hasil kerja mereka..hopefully sume success!
nie ade sket gmbr kenangan kami bersama!

nie la kami...hehehe! ibu & k.ti..rindu kalian!
time memulakan pjlnan...

  
tgh pk kot...tang mana nk stat nie!

geng facade depan!

geng facade tepi!

  
kA (B..heheh!)...fadz...aiman yg x berapa nak kesah!

  
mengukur sambil btelagah!

ain....angah....waniE

  
ibu ku cayunk.....

  
ktorg masuk umah kutai1..hehehe.....! ade salasilah fmly..

jabe...asyraf...ijat...ku...ikma...lin...jue..kalut...

  
bell...syu....miera....farid...

  
acu...yatt...g...iwan (atasSinki!)...

  
aidil..echah...iema...farid...

  
kelas STSB 3A..aku ngan diorg sinde mula2 diorg jejak kaki ke IKMAS...

  
kelas stsb 3B...

  
kenangan last ngan diorg! tp mmg best....batch paling ngam ngan aku paling slalu kene marah ngan aku! hahahahaaaa.........
harap korg sume akan bjaya.....


eebelum balik meninggalkan pasir salak dengan 1002 kenangan d antara kami...

ALLAH sentiasa mmbantu hambanya!

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
 
p/s ; saya share utk manfaat bersama...tQ

Friday 30 September 2011

betapa pentingnya ATITUDE...

kalau A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

sama dengan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

jadi....
...
H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E=12+15+22+5= 54%

L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

Ini sume x dpt markah penuh...

tapi “attitude”

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Friday 9 September 2011

TUDUNG....KENAPA KAMU BERTUDUNG?


Sudah hampir setahun aku memakai tudung. Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:


“Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?”


“Apa mimpi kau bertudung?”


“Baguslah kau dah insaf, macam poyo!”


“Macam baik sangat pakai tudung.”


“Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung.”


“Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?”


Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,


“Baru MASUK ISLAM ke kak?”


Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.


Peristiwa Pertama 
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar. Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit. Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye? Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?Hampir sejam aku memikirkan jawapannya. Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku. Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.
“..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Surah Ali -Imran:173-174) 


Peristiwa Kedua 
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur. Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.


Peristiwa Ketiga 
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya. Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya mngenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak. Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?


Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.


Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.



Peringatan daripada Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah An-Nur, 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, 59)



p/s : just nk share dr salah satu blog yg aku br baca... 

Wednesday 4 May 2011

ANAK KEDUA...

 SALAM.....
Btl ke..meh sama2 kite perhatikan diorg & ktorg nie..heheheee....




ANAK MANJA MUMMY
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh MUMMY. apa sikit MUMMY!!


ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..



TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri


PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....



APE PUN SAYA X KESAH..SAYA ANAK KE 2 JUGAK!